Alhamdulillah, kelas BBM3410
telah berakhir pada minggu lepas walaupun masih ada 3 video yang Dr. Normaliza
masih belum lihat. Dr. suruh semua
pelajarnya meluahkan perasaan sepanjang mengambil kursus ini. Jadi apa yang aku
nak tulis? Yang baik or yang buruk? Aku tulis yang buruk dululah. Ok!!!(Tarik
nafas dalam2) Dr. Normaliza punya kelas banyak sangat kerja. Hal ini pun Dr. x
boleh nak nafikan. Itu je lah…banyak kerja.. setiap minggu ada je video/ kerja
yang kena buat. Mak kat kampung pun asyik cakap benda yang sama.. video lagi!!!
Hahhahah… tapi banyak pengalaman yang manis yang aku belajar dari kelas Dr.
Normaliza ni.. antaranya, bakat tarian aku telah ditunjukkan pada
khalayak..heheheh..selama ini aku menari dalam bilik je… bila video pertama
keluar, iaitu “one shot video: gadis dan bunga” hahaha…tarian Melayu bercampur
dengan tarian Korea. Mak2 sedara, kawan2 sekolah lama tengok semua puji
(walaupun susunan tarian bersepah) sebab berani… ye lakan YOUTUBE kot… jadi,
ahli kumpulan aku yang ayu2 belaka ni dah keluarkan taring masing2 dengan
menunjukkan bakat tarian yang tersendiri.
Kami, sebagai pelajar tahun
akhir memang banyak sangat kerja, FYP aka PITA (Projek Ilmiah Tahun Akhir) dan
subjek Drama Melayu yang menuntut kami semua menghasilkan drama lakonan.
Uhhhhuuuuu… banyak sangat kerjanya… kadang2 tidur tu tak cukup (Ye ke azie???)
hehheh…. Penat lelah dalam menghasilkan tugasan
Dr. Normaliza ni akhirnya berbaloi apabila hari pembentangan dilakukan.
Dr. puji je setiap kumpulan. Alla… Dr. nak sedapkan hati kami semua.
Kalau difikirkan kembali,
kumpulan BBM 3410 (2) ni lebih banyak kelebihan berbanding kumpulan lagi 1..
oppppsss.. maaf ye… ye la, mana tak nya.. kumpulan yang lagi 1 tu just buat 1
projek besar… kumpulan kami ni, setiap minggu buat projek besar. Hahaha… bak kata Dr. Normaliza, nanti pergi
interview bawa video2 yang pernah kamu hasilkan. Heheheh.. ada berani kawan2
nak tunjuk?
Oh.. lagi 1 pasal buat Adobe
Photoshop: Kalender… masyaAllah…. Peningnya.. tekanannya, masing2 ada… dah la x
ada pengalaman lepas tu bila buat (En. Ehsan kata ikut kreativiti) x diterima..
katanya simple sangat… jadi En Fadil yang baik hati pergi tunjuk contoh
kalender budak lain… makkkk aiii.. bersepahnya.. banyak gila gambar… aku ni dah
la x suka benda2 yang serabut… + x suka tangkap gambar.. Jadi, untuk nak
dapatkan tawaran hadiah dari En. Ehsan, iaitu johan dapat hard disk 1 tera… aku
pun patuhkan je la cakap En. Fadil. Setelah lama bersengkang mata, siap juga..
last hantar kalau aku x silap 25 Oktober 2014. Time tu, best friend aku kawen,
Dibah.. Jadi aku turut sertalah menolong persiapan perkahwinan dia. Balik
kenduri tu, aku submit la 13 page kalender termasuk cover page, dan tiba2… cik
fadil komen… azie cover depan tu kosonglah… WWWAAAAAA…. Lagi sekali kena buat…
ok buat lagi… hantar… cantik En Fadil kata… dan lagi sekali aku dibomkan dengan
arahan terbaru, azie “kosongkan bahagian atas sebab nanti nak tebuk, nanti
rosak gambar bila dah ditebuk”…..kebabbbbbooommmm… kerja lagi…. 1 page untuk
kalender tu adalah kot 8-9 layer…ahhhhaaa… hari tu juga nak kena
submit..menggigil tangan ni membetulkan kembali semua kalender aku sebelum
dihantar.. ok siap.. tapi yang paling membuatkan aku geram dan menyampah… ada
pula makhluk yang hantar lewat… hari selasa, rabu… mak oit!!! Mendidih aku..
kata last submit hari sabtu.. boleh pula kau hantar minggu depannya.. x pe la..
En. Ehsan dan En. Fadil x cakap apa2 pun, aku ni je yang over. Walaupun aku x
dapat pun hadiah dari En. Ehsan (sedih juga la masa tu sebab dah ikut segala piawaian
yang diarahkan) tapi x pe.. aku nak sedapkan hati aku, yang menang tu pun x la
lawa sangat. Aku punya kalender lagi lawa…heheeh.. kan..kan…
Jadi keseluruhannya, aku nak
ucapkan terima kasih banyak2 buat Prof. Madya Dr. Normaliza binti Abd. Rahim.
En. Ehsan, En Fadil dan Kak Atiqah sebab sudi mengajar kami pelajar2 Bac.
Sastera ( Bahasa dan Linguistik Melayu) sepanjnag tempoh 1 semester ini… banyak
pengalaman yang diperoleh sepanjang mengambil subjek ini. Kini, kami sudah
mahir untuk membuat movie maker dan menggunakan adobe photoshop. Hehhehe ko ada???
Terima kasih juga buat teman2 perjuangan, kumpulan SRIKANDI, Asmaa, Mila
dan Ecah sebab bersama2 berganding bahu dan tenaga dalam menghasilkan tugasan2
yang memenuhi kehendak hati ini… salam terakhir dari
Noorain Hazirah binti
Noordin a.k.a Azie…J
No comments:
Post a Comment