Thursday, 25 December 2014

BBM 3410 Bahasa dalam Multimedia - Dokumentari LAMPU 2014





assalamualaikum dan salam sejahtera.. ni video terakhir dari kumpulan kami... huhhhu..penat kot buat.. ye la.. nak buat cam mane.. tuntutan kan..  tempat ni aku pg ngan membe n ex roomate ku.. ahhha...naik moto sambil diri dibasahi hujan... upm to putrajaya... huhhuu.. lenguh gak la ... tapi oleh sebab aku n membe2 terawal sgt datang,, so dok tercongok je la... huhuhu... sampai pkol 8,, perasmian pkol 9! so? nak wat ape? gelap je putrajaya.. tapi cantik n nice la tempat tu bila sudah dilimpahi dengan cahaya...

Monday, 15 December 2014

BBM 3410 Bahasa dalam Multimedia - Kalender 2015















ok.. ni kalender yang berjaya aku hasilkan walaupun bersepah kedudukan bulannya.. cantik x?? haruslah cantik.. ko ada?? x da kan.. hehehe.. kerja ni memerlukan aku bertenang dan bersabar.. pening kot nak kelek2/belek2 setiap gambar.. nak cut.. nak padam...wuuuhuuu... sadis kot... tapi bila dah siap dan print... mavelesss.. nice... yeppooo... hareumdawoo... cantik.. puas hati...



BBM3410 Bahasa dalam Multimedia - Kalimat Terakhir


Alhamdulillah, kelas BBM3410 telah berakhir pada minggu lepas walaupun masih ada 3 video yang Dr. Normaliza masih  belum lihat. Dr. suruh semua pelajarnya meluahkan perasaan sepanjang mengambil kursus ini. Jadi apa yang aku nak tulis? Yang baik or yang buruk? Aku tulis yang buruk dululah. Ok!!!(Tarik nafas dalam2) Dr. Normaliza punya kelas banyak sangat kerja. Hal ini pun Dr. x boleh nak nafikan. Itu je lah…banyak kerja.. setiap minggu ada je video/ kerja yang kena buat. Mak kat kampung pun asyik cakap benda yang sama.. video lagi!!! Hahhahah… tapi banyak pengalaman yang manis yang aku belajar dari kelas Dr. Normaliza ni.. antaranya, bakat tarian aku telah ditunjukkan pada khalayak..heheheh..selama ini aku menari dalam bilik je… bila video pertama keluar, iaitu “one shot video: gadis dan bunga” hahaha…tarian Melayu bercampur dengan tarian Korea. Mak2 sedara, kawan2 sekolah lama tengok semua puji (walaupun susunan tarian bersepah) sebab berani… ye lakan YOUTUBE kot… jadi, ahli kumpulan aku yang ayu2 belaka ni dah keluarkan taring masing2 dengan menunjukkan bakat tarian yang tersendiri.

Kami, sebagai pelajar tahun akhir memang banyak sangat kerja, FYP aka PITA (Projek Ilmiah Tahun Akhir) dan subjek Drama Melayu yang menuntut kami semua menghasilkan drama lakonan. Uhhhhuuuuu… banyak sangat kerjanya… kadang2 tidur tu tak cukup (Ye ke azie???) hehheh…. Penat lelah dalam menghasilkan tugasan  Dr. Normaliza ni akhirnya berbaloi apabila hari pembentangan dilakukan. Dr. puji je setiap kumpulan. Alla… Dr. nak sedapkan hati kami semua.

Kalau difikirkan kembali, kumpulan BBM 3410 (2) ni lebih banyak kelebihan berbanding kumpulan lagi 1.. oppppsss.. maaf ye… ye la, mana tak nya.. kumpulan yang lagi 1 tu just buat 1 projek besar… kumpulan kami ni, setiap minggu buat projek besar.  Hahaha… bak kata Dr. Normaliza, nanti pergi interview bawa video2 yang pernah kamu hasilkan. Heheheh.. ada berani kawan2 nak tunjuk?

Oh.. lagi 1 pasal buat Adobe Photoshop: Kalender… masyaAllah…. Peningnya.. tekanannya, masing2 ada… dah la x ada pengalaman lepas tu bila buat (En. Ehsan kata ikut kreativiti) x diterima.. katanya simple sangat… jadi En Fadil yang baik hati pergi tunjuk contoh kalender budak lain… makkkk aiii.. bersepahnya.. banyak gila gambar… aku ni dah la x suka benda2 yang serabut… + x suka tangkap gambar.. Jadi, untuk nak dapatkan tawaran hadiah dari En. Ehsan, iaitu johan dapat hard disk 1 tera… aku pun patuhkan je la cakap En. Fadil. Setelah lama bersengkang mata, siap juga.. last hantar kalau aku x silap 25 Oktober 2014. Time tu, best friend aku kawen, Dibah.. Jadi aku turut sertalah menolong persiapan perkahwinan dia. Balik kenduri tu, aku submit la 13 page kalender termasuk cover page, dan tiba2… cik fadil komen… azie cover depan tu kosonglah… WWWAAAAAA…. Lagi sekali kena buat… ok buat lagi… hantar… cantik En Fadil kata… dan lagi sekali aku dibomkan dengan arahan terbaru, azie “kosongkan bahagian atas sebab nanti nak tebuk, nanti rosak gambar bila dah ditebuk”…..kebabbbbbooommmm… kerja lagi…. 1 page untuk kalender tu adalah kot 8-9 layer…ahhhhaaa… hari tu juga nak kena submit..menggigil tangan ni membetulkan kembali semua kalender aku sebelum dihantar.. ok siap.. tapi yang paling membuatkan aku geram dan menyampah… ada pula makhluk yang hantar lewat… hari selasa, rabu… mak oit!!! Mendidih aku.. kata last submit hari sabtu.. boleh pula kau hantar minggu depannya.. x pe la.. En. Ehsan dan En. Fadil x cakap apa2 pun, aku ni je yang over. Walaupun aku x dapat pun hadiah dari En. Ehsan (sedih juga la masa tu sebab dah ikut segala piawaian yang diarahkan) tapi x pe.. aku nak sedapkan hati aku, yang menang tu pun x la lawa sangat. Aku punya kalender lagi lawa…heheeh.. kan..kan…

Jadi keseluruhannya, aku nak ucapkan terima kasih banyak2 buat Prof. Madya Dr. Normaliza binti Abd. Rahim. En. Ehsan, En Fadil dan Kak Atiqah sebab sudi mengajar kami pelajar2 Bac. Sastera ( Bahasa dan Linguistik Melayu) sepanjnag tempoh 1 semester ini… banyak pengalaman yang diperoleh sepanjang mengambil subjek ini. Kini, kami sudah mahir untuk membuat movie maker dan menggunakan adobe photoshop. Hehhehe  ko ada???  Terima kasih juga buat teman2 perjuangan, kumpulan SRIKANDI, Asmaa, Mila dan Ecah sebab bersama2 berganding bahu dan tenaga dalam menghasilkan tugasan2 yang memenuhi kehendak hati ini… salam terakhir dari

Noorain Hazirah binti Noordin a.k.a Azie…J

BBM3410 Bahasa dalam Multimedia- Simpulan Bahasa



video ni sepatutnya x payah masuk/ letakkan dalam youtube.. tapi aku saje2 je nak letak.. ye la, baru nampak puas hati dengan kerja yang dibuat. generasi kini sudah tidak betah dengan simpulan bahasa. apa tu simpulan bahasa? pergi PRPM... bahasa Melayu memang estetika nilainya... sebab tu ramai foreigner datang Malaysia..heheheh..

BBM 3410 ONE STOP MOTION (KEHIDUPAN)




one stop motion? apa tu?? gambar setiap aksi yang kita buat kemudian divideokan.. nak cakap macam mana ye ..contoh kita nak palingkan muka, so x boleh la nak terus palingkan muka.. video ni mcm slow motion untuk kita bergerak... faham kan...

untuk buat video ni,, kami kena ambil lebih daripada 60 keping gambar.. dah macam model kan..pastu kena ada jalan cerita.. jalan cerita?? aku nak buat jalan cerita apa?

so, kesimpulannya aku punya jalan cerita berkisar tentang kehidupan. ye kehidupan.. kehidupan tanpa kawan disisi.. macam akulah.. aku ni jenis yang x suka sangat berkawan.. sebab apa? sebab org x suka kawan ngan aku dan aku x suka kawan ngan orang. anti sosial? boleh la sikit.. bagi aku, bila jumpa ngan orang, banyak dosa kot sbb mulut ni ringan je nak bergosip.. baik duduk bilik buat pita..

kawan!!! memang amat penting dalam sebuah kehidupan. tapi tanpa kawan juga, kita boleh meneruskan kehidupan. betul x? mesti orang kata, x bosan ke x da kawan? jawapan aku.. mesti lah bosan sbb x da sape nak bersembang ngan aku.. tapi buat mereka yg x tahu, kat bilik aku ada 2 ekor ikan laga.. heheh..peneman untuk aku.. 

kawan.. ye penting.. tapi kena tgok jenis kawan yang berkawan dgn kita.. macam mana? jenis yang suka mengambil kesempatan or jenis kawan dunia akhirat.. buktinya, ni yang aku nak mention cket ni.. time aku xsident.. bape ramai yg lawat aku? bukan nak mengungkit.. tapi kat sini boleh tgok sape kawan... so malas nak cerita coz aku dah terlalu kecewa untuk berkawan.. hidup sorang2 lebih aman dan permai.. x perlu menjaga hati semua orang..

dalam video ni plak,, korg akan tgok ekspresi muka aku yang x stabil.. begitu juga dengan kehidupan.. memang x stabil... yang ada aku nak pegang tangan Asmaa tu kan.. tu  melambangkan jarak sempadan antara kami... mendalam sungguh video aku kan.. hehehe...ape2 pun masing2 boleh menafsir video aku ni...

p/s: aku kawan je dgn semua... tapi standard aku nak kawan ngan korang,, akhlak tu yang penting.. korang pandai or x, blakang citer coz aku ni pun bukannya pandai sangat... tq kepada mereka yang sudi berkawan dgn aku walaupun kadang2 mulut aku ni x da insurans...(aku ada insurans k).. apa2 pun terimalah aku seadanya...

sekian..

Jalan2 Cari Makan di Korea.







ok..seperti yang kome lihat, group BBM3410 dikehendaki mengulas tentang makanan Korea.. Dr. Notts kan ada post pasal tragedi makan sotong hidup(hahaha).. aku memang minat Korea, x kiralah budaya mahupun hiburan dy.. so first time aku menjejakkan kaki ke Seoul Garden yang terletak di The Mines.. melayang RM32.00 aku... apa yang best??? x de langsung.. aku punyalah teruja nak merasa kimchi coz bila aku tgok cite Korea, macam sedap aje... urmmm... yekks.. makanan Malaysia lagi sedap. so, lidah orang Melayu ni x sama dengan lidah orang kOREA la kan.. kat tivi tu, visual semata2... nak la juga try rasa ddeoboki. kimbap tapi mesti x sedap gak... so lepas ni masih lagi nak merasa makanan Korea? InsyaAllah.. kalo ada sape2 yang nak belanja... betul cakap Dr. Notts, Seoul Garden ni cam makan steamboat je.. tapi aku tetap suka Korea walau cam mana skali pun... 

ok,, tahun baru bakal menjelang,, jadi aku x sabar2 nak tunggu.. sebab apa??? heheh...my oppa SHINHWA akan keluarkan album... lagu apa? entah mana lah aku tau.. dan sudah semestinya dyorang akan ada kat kaca televisyen... SHINHWA CHANGJO!!!sekian, tQ






BBM3410 Bahasa dalam Multimedia (Video Tragis)



Assalam  semua.. ni video yang aku leh kira terbarulah.. tapi yang paling penting, aku bintang utamanya..heheheh tu je nak mention.. ok video ni menceritakan tentang 2 sahabat karib, iaitu Izzah (aku/azie) dan Loffa (Mila).. Mila n Loffa ni se-roomate.. jadi belajar sama2 tapi akhirnya Loffa yang dapat result cemerlang.. Izzah??? hehehe... sangat teruk (menyimpang dari result aku yang sebenar dalam dunia realiti). so, 1 hari.. Izzah didatangi oleh 1 entiti (Asma) yang boleh bagi Izzah jadi pandai.. ikutlah si Izzah begong ni .. tapi kalo korang perasan n tgok video kami,, entiti ni x da sape2 pun yg boleh nampak melainkan Izzah bengong (ha!!! dah tukar nama ko ye).. pastu g jumpa bomoh aka Ecah.. Izzah kena bunuh orang yang pintar, x lain x bukan si Loffa.. senang je nak bunuh Loffa coz badan dy kan kecik.. cer tengok badan Izzah,, 3 kali ganda kot..(ye..ye..nanti aku diet).. bila dah bunuh, group Srikandi ni nak buatlah citer akan2 Mona Fendi.. tp agak susah nak lenturkan badan cik mila kita ni.. korang tgokkan Izzah minum darah... air sirap cmpur air kopi..erghhh..boleh lawas lah perut kome kalo minum... aku rasa sikit2 jer... tapi ALLAH itu maha berkuasa, ko minum apa skali pun , kalo x da usaha nak wat cam mana kan.. so, dipendekkan cite.. si Izzah tu jadi gila..Kesimpulannya, setiap benda yang kita lakukan ni atas daya usaha kita sendiri. jangan nak mengharapkan bantuan dari mana2 benda. contoh bomoh dll... tQ

BBM3410 Bahasa dalam Multimedia _Video Seram




ok..next video..citer seram..mesti kome sukakan.. tajuk 3 kisah..so, memang korang tau la kan ni ada 3 citer.. aku ada berlakon untuk kisah ke3.. hantu? gangguang? memang ada.. tapi bukan hantu..SYAITAN aka SETAN aka NATES... setakat ni aku penah kena ganggu yang small2 matter je..tapi aku penah tolong 3 kes yang membabitkan org kena histeria..hebat x aku??? hehehhe ,,just joke.. syaitan ni suka ganggu mereka2 yang lemah... lemah dari segi apa ye?? iman? semangat? Semangat kot... so, kadang2 aku nak tergelak pun ada bila member2 aku ni penakut sangat.. ALLAH kan ada.. buat apa nak takut??? so nah,,aku belanja korang tgok citer hantu versi Srikandi.. Selamat Menonton.

BBM 3410- vIDEO fOKUS - cOKLAt



Next video.. video fokus- cokelat... video ini diambil ketika last day utk konvo.. x tau nak cakap ape coz video ni kumpulan kami x dapat nk bentang coz....coz... ahhhhhh!!! lantak situ... tapi usaha, penat dan lelah kami x nampak dimata semua orang... tp x pe.. kome tengoklah.. ada sorg membe tu ckp,, banyak sangat bergoyang kameranya.. malas nak cakap!! x da mood..terima kasih

BBM3410 Bahasa dalam Multimedia - 3 Layer (Ya Rasulullah)



Assalamualaikum dan bertemu kembali.. ini video ke2 kumpulan Srikandi.. Dr. Normaliza nak 3 layer..huhuhuhu... mana nak dapat 3 layer? ingat kek je ke yg ada 3 layer?? Kami pinjam sore Datuk Siti k.. so jangan jelez bila kawan aku sore cm Siti.  Penat aku ngan Asma bincang nakbuat lagu apa malam2 buta tu.. lagu aisyah (doa) pun ok gak.. nak buat lagu nasyid - sore lelaki plak.. so hehhehe.. Siti lah jalan terakhir kami.. Kumpulan Srikandi buat kat masjid UPM...hehehe.. so nampaklah kawan layer 1 (penyanyi), layer 2(pelakon), layer 3(orang lalu lalang).. layer ke3 tu yg penting sebenarnya.. org lalu lalang, neutral je.. x payah nak berlakon2 (x macam sesetengah group yang lain).. so sape yg lalu kat pintu hadapan masjid, confirm nampak kami... a big clap 4 ani, zura n fatin coz tolong grou[p kami..ye ha... lirik lagu ni penuh dengan keinsafan dan menusuk lagu (selepas banyak berjoget untuk video pertama).. sayu je..tambahan plak muka Asmaa cam anak Maembong. setuju x???

BBM 3410 ONE SHOT VIDEO (Gadis dan Bunga)




Assalamualaikum dan salam sejahtera. Ini video pertama yang kumpulan aku hasilkan..heheheh..kita joget cket..huhuhuhu!!!malunya.. video ini diambil kat Bukit Ekspo, UPM.. cantikkan... coz kat situ je yang cantik.. nak buat kat kandang rusa, over pula... apa ye org panggil ? kaliografi? ala, yang tarian punya step tu.. ahh,, ape2 je la... kalo korang perasan, kami memasukkan pelbagai jenis tarian seperti tarian Melayu, tarian Elvis Presley dan yang penting tarian Korea pun ada.. Park Nam Jung..(tarian hidup..minit2 terakhir)..hahahah... kami buat shot ni dari pagi sampai tengahari. dari baju kami basah sebb time pagi, hujan hingga baju kami siap kering.. kredit diberikan kepada Ani, dan Zura sebab sanggup turun padang membantu kumpulan Srikandi.
Terima Kasih....